Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

PWB Teruskan Komitmen Membantu HSNZ Memenuhi Bekalan Darah

Perpustakaan Al-Wathiqu Billah (PWB), UniSZA meneruskan usaha untuk membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memenuhi keperluan bekalan darah dengan menganjurkan Program Derma Darah. Program ini berlangsung pada 17 Ogos 2023 bertempat di Atrium PWB.

Program yang telah diadakan dengan kerjasama Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu ini telah menarik penyertaan lebih 70 orang warga UniSZA yang terdiri daripada staf dan pelajar. Walau bagaimanapun, seramai 50 orang penderma sahaja layak menderma dan selebihnya tidak layak menderma disebabkan pelbagai faktor. Antaranya, tidak cukup berat badan yang ditetapkan, tidur kurang lima jam sehari, tidak sihat tubuh badan dan ibu-ibu yang menyusukan anak.

Usaha ini dibuat bagi membantu pihak HSNZ menampung keperluan darah yang semakin meningkat.  Sebagai penghargaan, penderma juga turut diberikan sijil penghargaan oleh pihak HSNZ.

Sempena program tersebut, turut disediakan Cabutan Bertuah untuk para penderma dan juga gerai-gerai jualan.

                                                          

                                                            

 

17 OGOS 2023

 PERPUSTAKAAN AL-WATHIQU BILLAH (PWB), UniSZA

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

411685
Today: 118
Yesterday: 270
This Week: 961
Last Week: 992
This Month: 3,423
Last Month: 4,964
Total: 411,685